Wednesday, April 28, 2010

Diorang memang mafia

KIEV – Parlimen Ukraine bersidang dalam situasi huru-hara semalam apabila kalangan anggotanya bertindak membaling telur, bom asap dan bergaduh sesama mereka.

Sejumlah anggota Parlimen negara itu berbalas-balas tumbukan manakala seorang wakil rakyat dilihat memijak kepala anggota lain.

Telur, bom asap semuanya sudah dibaling. Cuma senjata api sahaja yang masih belum digunakan,” kata seorang ahli Parlimen, Andriy Shevchenko.

Situasi memalukan itu tercetus berhubung isu perjanjian melanjutkan pajakan sebuah pangkalan tentera laut yang menempatkan Armada Laut Hitam Rusia di Ukraine.

Kalangan wakil rakyat parti pembangkang berang kerana Presiden Ukraine, Viktor Yanukovych memeterai perjanjian dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Dmitry Medvedev untuk melanjutkan pajakan pangkalan laut itu sehingga sekurang-kurangnya pada tahun 2042 yang dianggap sebagai menjual maruah negara.

Tidak dapat menahan kemarahan, beberapa wakil rakyat mula membaling telur ke arah Speaker, Volodymr Lytvyn yang memaksanya berlindung di sebalik dua payung hitam yang dipegang oleh dua pembantunya.

Seorang wakil rakyat pro-Barat kemudian membaling sebutir bom asap sebelum keadaan menjadi tidak terkawal dan pergaduhan tercetus.

Seorang anggota Parlimen, Andriy Shevchenko daripada blok pembangkang diketuai bekas Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko mengetahui bahawa bom itu dibaling oleh anggota-anggota pembangkang.


Namun, dia menyatakan tindakan tersebut wajar dilakukan.

“Sejarah akan menghakimi kita,” katanya.

Walaupun huru-hara, beberapa Ahli Parlimen cuba untuk meneruskan sidang. Beberapa Ahli Parlimen menjerit: “Memalukan.”

Parlimen kemudian mengiktiraf perjanjian itu dengan 236 anggota Parlimen menyokongnya.

“Bom asap, balingan telur dan pergaduhan tidak akan menghalang pihak majoriti membuat keputusan,” kata Perdana Menteri, Mykola Azarov selepas sidang berakhir.

Menerusi perjanjian itu, Rusia bersetuju untuk memberikan Ukraine 30 peratus diskaun import gas asli yang dianggarkan bernilai AS$40 bilion (RM127.50 bilion) selama 10 tahun. – AFP

Cuba bace ayat2 yang di highlight diatas. mmg aku guling2 bace. dahla name ahli palimen tu sebijik cam ex-chelsea player.pastu diorg boleh plak selamba baling bom asap. cubela bygkan lau ahli parlimen malaysia ni cmni.hhaha..kesian lak aku tgk speaker tu siap pakai payung lg.haha

Sunday, April 18, 2010

Scholes and Neville is gay couple?

Tgh aku browsing2 sambil buat keje ni td aku terjumpa ngn gambar kat bwh ni..aku tak tau ape respon penyokong manU tapi mmg aku tak leh blah tgk diorg ni.boleh pulak bergay kat tgh padang. Sedangkn lesbian pn xpenah wat camni.buat malu penyokong je weh..ngeri aku tgk..

Nasib baik la aku nih The Kop tegar.xde la malu sgt aku rase.tak penah seingt aku player EPL buat camni ms diorg celebrate goal.Ngeri siot..ape2pn korg layan je la (kalau leh lyn la) aku nak g muntah dulu. hoho..



Saturday, April 17, 2010

Date Night

Selamat pagi everybody.hopefully today will be better than yesterday :).. semalam aku ade citer pasall movie yang aku tgk sampai kete member aku tu calar2 kan hehe. actually the name of the movie is Date Night. aku tak cek pulak dari bile movie ni ditayangkan tp sebab sume movie len dah tgk aku lyn je lah movie ni.

Aku nak wat sikit review pasal movie ni sbb aku rase this is 1st time for along time aku rase worth beli tiket movie yang berharga RM10. kalau bukan sebb mmber2 punye pasal mesti aku dah tgk dari awl movie ni tp tgk2 dah masuk 10 minit bru la aku terhegeh2 cari seat kat wayang tu.anyway, even aku tgk lambat sepuluh minit aku rase enjoy gile tgk cite ni.lakonan Tina Fey dan Steve Carell mmg berjaya buatkan satu wayang gelak. Selama aku tgk wayangla tak penah dengar pompuan menjerit ketawa tpi kali ni aku dgr diorg gelak tak hengat. aku pun mmg enjoy gile tgk citer nih..mmg superb sape buat skrip and pelakon diorg.. mmg sempoi gile la woiii. aku mmg syorkan sesape yang bosan2 tu tgk cite nih.mmg betul2 best do..
for more information for review click sini

Friday, April 16, 2010

Kesian...

Baru je aku post pasal keter baru member aku ni tadi..mmg superb la kete dia Proton Satria Neo CPS (handling by Lotus). Tapi agaknye lau handling by Lotus tukang bawaknye noob (newbie) same jugak cam bwk kete biase.
dijadikanlah cerita, petang tadi aku beli tiket movie cite Date Night dgn budak2 ni.parkingla dekat underground the curve. tgk2 pkl 9.45pm ade cite tu.so planning nak blik la.member aku ni punye la syok bwk kete baru mase dia U turn kt parking tu xlepas..haha. pastu langgar divider





Bunyi dia mcm bunyi kita mngunyah biskut..mmg sedap ar. aku ingtkan kene rim. bile balik je tgk bumper depan dia calar.lau kete aku takpe. ni KETE BARU beb. aku sure member aku sorg lagi tu pn berubah muka ms tu..terkedu.nasib baik lah calar kat bwh bumper lau tidak mmg menangis la mmber aku tu..anyway takziah kepada beliau

kete baru...

Selamat hari jumaat semua. aku ni bru lepas kua ngn bdk2 umah ni..teman member2 aku servis kete + beli tiket wayang.mmg ade perkara menarik td.maklumlah member aku nih sorg pakai cps baru so kene la servise after 1000km pakai. member aku ni sakai sikit dia fobia ngn jem. nyaris2 kitorg patah balik tak jdik kua sebb jalan jem nak g kepong. Dalam hati aku ni pulak menyumpah..lau malas lyn jem baik keje kt kampung je kat hehe. Akhirnye pergi jugak lah kitorg lepas aku bohong dia nnt warranty tak valid after 1000 km.

Sempat gak aku shoot 2 3 gambar kat pusat service tu..kete barulakan.mmg menarik nak djdkan model.hehe.


Smpai kat sane agak lambatla gak diorg buat keje tapi thats not a big matter.bg aku lambat2 pn bgus pekerja tu berhati2.aku tadi buleh pulak buat batak tgk bwh enjin kete tu.pastu siap kene sound dgn supervisor diorg. "Dik nnti jatuh kete tu sush kang. adik tak cover insuran. kete je yang cover insuran" kan aku dah malu kat situ.tp mcm biase la.aku buat buat muke selambe je.tp lam hati.lau dapat insuran pn tara guna dah.aku bukan dapat duit pn.


Thursday, April 15, 2010

alamak!

alamak.bru aku tau opis aku ni ade cctv! dahla tempat pling tersorok dia bos letak. mintak2 la bos tak marah aku update blog ni.lau dia marahpn marahla.pedulik ape.bukan aku kutuk dia pn.haha. nak balik keje dulu..chow
aku masih kat tempat keje lg..td satu malaya line breakdown.tercanak-canak customer call.mmg giler.nasib baik line kat tempt keje aku ni down skali..mmg bagus betul la..selamat2.. lau x abis aku kene bercakap tak henti2 2 jam direct.dengar cam bosan gak aku keje kat sini kan..tp lau sekali major breakdown..tak cukup tanah kau nak cakap..hehe.